Thursday, March 22, 2007

Final Year Project! At last....

--my supervisor n examiner--



Salams.. Setelah menyibukkan hampir lebih tiga bulan lebih, bertungkus lumus menyiapkan sistem untuk Projek Tahun Akhir dan memberikan sepenuh usaha dan tenaga, akhirnya pada tanggal 20 march 2007, pukul 2.30 ptg, saya dan ahli group, Cik Bibi Cecilia berjaya menunjukkan hasil usaha kami kepada kedua-dua supervisor dan examiner kami. Sekaligus, selesai sudah kerja keras kami dan sudah pasti, kami mengharapkan gred yang baik, setimpal dengan usaha kami. Gambar di atas diambil semasa CS Nite dinner. Dari kiri, my supervisor Prof. Madya Dr. Abdullah Zawawi Haji Talib dan examiner, Encik Mohd Azam Osman.



Tak dapat saya bayangkan perasaan selepas demo semalam. Nak kata lega, tak jugak. Nak kata happy pun, seronok tu ade.. tapi takla sampai excited sangat. Yang penting, kami telah melakukan yang terbaik. Apa yang kami hasilkan semalam, adalah usaha kami selama 3 bulan lebih. Yang pada mulanya kami mulakan dengan keadaan yang tidak tahu apa-apa langsung tentang sistem berasaskan web. Dan kini, serba sedikit pengalaman kami bertambah. Usahlah dibandingkan kami dengan pelajar lain. Yang penting, kami tahu apa yang kami lakukan, kami belajar dan kami usaha. Itu yang penting dan tanggungjawab sebenar sebagai seorang pelajar.


Saya akui, terdapat banyak kelemahan dalam sistem tersebut, termasuk kelemahan dalam diri kami, namun kami berjaya atasinya dan tidak berputus asa. Saya banyak belajar dari kawan-kawan di sekeliling dan juga dari Bibi. Maklumla, saya agak lemah dalam mengendalikan sesuatu yang penting dan sentiasa menganggap remeh dalam semua hal. Namun, tak semua benda harus dianggap remeh. Kita perlu sentiasa bersedia untuk memegang tanggungjawab dalam semua keadaan sekalipun.

Ah, yang penting saya sangat2 bersyukur dengan kehadiran kawan2 yang byk memberi kata semangat untuk saya sampai ke tahap ini. Paling bersyukur kerana saya mendapat Bibi sebagai ahli group yang saya rasakan tak kisah melayan kerenah saya ni. Thanks Bibi! Tak lupa jugak kat kawan2 yang lain.. To jie, faizah,fai, dan yah... korang memang best! Dalam seminggu lebih ni, fikiran saya asyik pikir mengenai Projek Tahun Akhir ini. Sehinggakan jie tegur saya jadi 'Blurr'.. Agaknya terlalu concentrate ngan sistem yang tak sudah2 ni..

Apa yang saya dapat daripada projek ini? Banyaakk... Antaranya, ilmu yang takkan putus2 kalau kita mencari dan juga hubungan baik sesama insan. Walaupun stress, kami masih lagi berjaya mengawal emosi kami. Dan akhirnya, kami dapat mempersembahkan yang terbaik pada penghujungnya. Dengan sumber daripada internet, begitu mudah kita ingin mencari maklumat. ha, tengokla nnti.. Balik je rumah, saya nak pasang streamix la pulak pasni.. Takleh hidup tanpa internet..





LOCATION- Northam Hotel
9 March 2007






--CS Nite Dinner--


Lagi satu event yang saya paling tak dapat lupakan. Our CS Nite Dinner. Sebenarnya tadi saya dah tulis panjang2.. Tp, problem masa upload.. Then, sume hilang.. Penat je tulis.. Huhu.. Nampaknye, words cannot describe everything. So, taknak tulis panjang, gambar akan cerritakan segalanya. Yang best, masing-masing berwajah ceria pada malam tersebut. And kami sangat2 enjoy ourselves. Thanks for the wonderful night! Thanks also for my frens.. That night, sume orang nampak lawa!!





--Gambar ni di design oleh Nas--



Malam tu, Fairuza Farissa dapat cabutan bertuah. Sebuah hamper besar! Perasaan kami, tak dapat digambarkan betapa gembira. Untuk meraikannya, hamper tersebut dirasmikan di bilik kami. Tu yang duk bergambar ngan selendang Fai ngan spek baru Jie.. haha




--Table Number 4--


Apeq,Aini,Faizah,Fai,Jie,Bibi,Nas,Yah,Emma,Yana... Thanks frens.. dengan korang baru ku tahu erti persahabatan.. ;) Walaupun makanan tak sedap, kita tetap ceria.. Remembering the night..


"Sesungguhnya, tiada kata dapat diungkapkan.. di sebalik kedukaan, pasti ada kegembiraan untuk kita.."--smile always!!--

2 Comments:

At Wednesday, 21 March, 2007 , Anonymous Anonymous said...

hehe....EMA, bagus, lepas FYP, ema nampak bersemangat, kesan tinggi tuh...hope the besh for ema, setiap masalah adalah peluang, setiap peluang merupakan peluang untuk kita menjengah kehidupan yang lebih baik...=]

-JIE-

 
At Tuesday, 27 March, 2007 , Blogger emma marina said...

hehe.. thanks jie.. insyaAllah.. ema remember that.. ;)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home